Wudhu'
pada asasnya diperintahkan didalam Al-Quran hanya menyentuh masalah
solat sahaja. Kemudian yang serupa dengannya seperti tawaf. Ibadah
selain itu, tidak diperintahkan kita berwudhu'. Bila dikatakan tidak
diperintahkan bukan bermakna tidak boleh. Tidak diperintahkan bermakna
seseorang yang ingin melakukan apa sahaja jenis ibadah, kemudian dia
berwudhu' maka tentu ibadahnya mendapatkan nilai bonus plus di hadapan
Allah.
Ibadah didalam Islam bersifat Qat'ii. Apa itu Qat'ii? Harga mati. Yang tidak dapat ditawar. Ada namanya usul. Ada namanya furu'. Usul adalah jama' bagi perkataan aslun (maknanya akar).
Dalam surah Al-Maidah, ayat ke-6 ( 5:6 ) . Ini adalah asal pada perintah wudhu'.
Surah 5. Al-Maeda, Verse 6:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Bersuci di sini umum, bersuci boleh mandi, boleh berwudhu' boleh bertayamum. Lafaznya umum.
Jadi asal/usul wudhu' itu hanya untuk solat. Cabangnya (furu'/far'un) daripada wudhu' itu adalah semua ibadah selain solat. Maka digalakkan kita berwudhu'. Digalakkan bukan bermakna diwajibkan. Seseorang yang membaca al-Quran berwudhu' dia akan mendapat nilai bonus. Disini kita perlu memahami bahawa seseorang yang membaca Al-Quran berwudhu', maka dia akan mendapatkan bonus dan nilai yang lebih dihadapan Allah berbanding orang yang membaca Al-Quran tanpa wudhu'. Itu pasti.
Bukan hanya untuk baca Quran saja kita berwudhu', orang yang tidurnya berwudhu' nilainya tidak sama dengan orang yang tidur tanpa wudhu'. Diantara sunnah, orang yang hendak belajar, elok juga kita membiasakan berwudhu' sebelum belajar. Tentunya orang yang berwudhu' sebelum belajar itu keberkatan ilmu yang yang diterima lebih besar dari mereka yang tidak berwudhu' sebelum belajar.
Jadi, sifatnya wudhu' selain solat itu afdholiyah (keutamaan). Kita kata lebih afdhol, lebih utama.
Ada komen (komen pertama) yang di beri oleh seorang penulis membuat perbandingan - Beliau menyatakan, kita mengetahui bagaimana cerita tentang Umar Al-Khattab r.a. ketikamana beliau sebelum memasuk Islam, ketika beliau memaksa saudaranya Fatimah untuk menunjukkan kepadanya selebaran (yang isinya Surah Toha) yang dibaca oleh Fatimah dengan suaminya ketika itu. Ketika Umar mencuba merebutkan apa yang dibacakan adiknya, Fatimah menyuruh Umar membersihkan diri.
LAFAZ MEMBERSIHKAN ADALAH UMUM
Lafaz membersihkan kan umum. Bagaimana Fatimah menyuruhkan Umar berwudhu' sedangkan dia tidak mengerti syariat ketika itu. (Contohnya ada orang Cina, non muslim nak pegang Quran, kita kata awak tak boleh pegang Al-Quran, wudhu' dulu. Nak wudhu' macam mana? Dia belum masuk Islam. Dia tak tahu apa wudhu' itu.) Bermakna perintah Fatimah untuk Umar bersihkan diri itu umum. Bukan dia kata berwudhu'. Boleh disuruh mandi, boleh disuruh membasuh tangan, dan sebagainya kerana untuk memuliakan Al-Quran. Lafaznya adalah umum. Hadith ini TIDAK ada perintah berwudhu'. Sebagaimana adiknya menyuruh abangnya berwudhu' sementara Umar masih belum Islam dia tidak tahu hukum syariat Islam.
Kalaupun Umar dilarang memegang mushaf ketika itu, ingat Nabi pernah bersabda " Al Mu'min la yanjus ", orang beriman itu tidak najis. Orang kafir, mereka berstatus najis. Yang najis bukan badannya tapi akidahnya. Ketika itu Umar itu masih lagi non-muslim, bermaknanya dikategorikannya dia masih lagi bernajis, samaada dirinya atau akidahnya. Maka sebagai syarat untuk memegang mushaf yang dipegang Fatimah pada ketika itu, sebab dia kafir, maka dia disuruh bersuci, bukan berwudhu'. Syarah (keterangan) hadith ini, ketika itu, Fatimah menyuruh Umar untuk mandi. Sehingga Umar dalam keadaan masih menitis lagi air daripada kepalanya itu, dia segera memegang mushaf tersebut, bukan wudhu'. Kalau memahami hadith tersebut, untuk memegang Quran, sebelum memegang Al-Quran kena suruh mandi, kalau ikut cerita ini lagi berat Islam ini, kalau ikut cerita ini. Kalau berdasar hadith ini, untuk memegang Al-Quran, dia harus mandi dulu. Akhirnya apa ? Jadilah Islam memberatkan.
MEMAHAMI AL-QURAN JANGAN SATU AYAT ITU SAHAJA, BACA KESELURUHAN AYAT
Kemudian komen beliau yang kedua dalam Surah Al-Waqi'ah, surah 56, ayat 79, yang selalu dijadikan hujjah. Perhatikan disitu, memahami ayat, jangan satu ayat sahaja. Fahami ayat secara keseluruhan. Dalam surah Al-Waqi'ah itu cerita bagaimana Al-Quran diturunkan. Disitu tidak menyatakan hukum syariat. Memahami ayat Al-Quran tidak boleh satu bahagian sahaja. Akibat dari memahami Quran sepotong sepotong itulah akhirnya lelaki digalakkan untuk berpoligami. Dia 'dot' kat situ. Kan 'comma' disitu. Walhal sambungannya, kalau kamu yakin kamu tak dapat adil, satu saja cukup. Kalau kita melihat kepada ayat sebelumnya, bagaimana Quran diturunkan, Al-Quran itu tidak disentuh(dipengaruhi ia), isi kandungannya melainkan daripada makhluk yang disucikan oleh Allah. Maknanya makhluk itu sentiasa suci, iaitu para malaikat. Malaikat tidak ada haid. Malaikat tak boleh junub, tak buang air kecil/besar, nifas. Itu sebab, dipanggil muttahharuun(para malaikat) yang disucikan oleh Allah.
BUKAN HANYA BACA KESELURUHAN AYAT, TETAPI TELITI TENTANG ASBAABUN NUZUL IAITU SEBAB2 TURUNNYA SESEBUAH AYAT
Bukan hanya membaca keseluruhan ayat tapi teliti asbaabun nuzul ayat tersebut, baru kita boleh mengambil conclusion. Sebab2 turunnya ayat ini adalah untuk menepis dakwaan orang kafir bahawa AL-Quran itu adalah ciptaan Muhammad yang sudah bercampur baur dengan iblis. Dinafikan dakwaan mereka dengan turunnnya ayat ini.
MUTTAHHAR TIDAK SAMA DENGAN MUTTAHHIR
Muttahhar, الْمُطَهَّرُونَ adalah yang disucikan Allah. Muttahhir, الْمُطَّهِّرِينَ adalah orang yang bersuci. Perbandingannya kita lihat dalam surah Al-Waqiah ( 56 : 79 ) dan dalam surah At-Taubah ( 9 : 108)
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
Rujukkan 'orang yang bersuci' dalam Surah 9. At-Taubah, Verse 108:
Jangan
engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya
masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di
atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau
sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka
(mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah
Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Ibadah didalam Islam bersifat Qat'ii. Apa itu Qat'ii? Harga mati. Yang tidak dapat ditawar. Ada namanya usul. Ada namanya furu'. Usul adalah jama' bagi perkataan aslun (maknanya akar).
Dalam surah Al-Maidah, ayat ke-6 ( 5:6 ) . Ini adalah asal pada perintah wudhu'.
Surah 5. Al-Maeda, Verse 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ
وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ
وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم
مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم
مِّنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن
يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Bersuci di sini umum, bersuci boleh mandi, boleh berwudhu' boleh bertayamum. Lafaznya umum.
Jadi asal/usul wudhu' itu hanya untuk solat. Cabangnya (furu'/far'un) daripada wudhu' itu adalah semua ibadah selain solat. Maka digalakkan kita berwudhu'. Digalakkan bukan bermakna diwajibkan. Seseorang yang membaca al-Quran berwudhu' dia akan mendapat nilai bonus. Disini kita perlu memahami bahawa seseorang yang membaca Al-Quran berwudhu', maka dia akan mendapatkan bonus dan nilai yang lebih dihadapan Allah berbanding orang yang membaca Al-Quran tanpa wudhu'. Itu pasti.
Bukan hanya untuk baca Quran saja kita berwudhu', orang yang tidurnya berwudhu' nilainya tidak sama dengan orang yang tidur tanpa wudhu'. Diantara sunnah, orang yang hendak belajar, elok juga kita membiasakan berwudhu' sebelum belajar. Tentunya orang yang berwudhu' sebelum belajar itu keberkatan ilmu yang yang diterima lebih besar dari mereka yang tidak berwudhu' sebelum belajar.
Jadi, sifatnya wudhu' selain solat itu afdholiyah (keutamaan). Kita kata lebih afdhol, lebih utama.
Ada komen (komen pertama) yang di beri oleh seorang penulis membuat perbandingan - Beliau menyatakan, kita mengetahui bagaimana cerita tentang Umar Al-Khattab r.a. ketikamana beliau sebelum memasuk Islam, ketika beliau memaksa saudaranya Fatimah untuk menunjukkan kepadanya selebaran (yang isinya Surah Toha) yang dibaca oleh Fatimah dengan suaminya ketika itu. Ketika Umar mencuba merebutkan apa yang dibacakan adiknya, Fatimah menyuruh Umar membersihkan diri.
LAFAZ MEMBERSIHKAN ADALAH UMUM
Lafaz membersihkan kan umum. Bagaimana Fatimah menyuruhkan Umar berwudhu' sedangkan dia tidak mengerti syariat ketika itu. (Contohnya ada orang Cina, non muslim nak pegang Quran, kita kata awak tak boleh pegang Al-Quran, wudhu' dulu. Nak wudhu' macam mana? Dia belum masuk Islam. Dia tak tahu apa wudhu' itu.) Bermakna perintah Fatimah untuk Umar bersihkan diri itu umum. Bukan dia kata berwudhu'. Boleh disuruh mandi, boleh disuruh membasuh tangan, dan sebagainya kerana untuk memuliakan Al-Quran. Lafaznya adalah umum. Hadith ini TIDAK ada perintah berwudhu'. Sebagaimana adiknya menyuruh abangnya berwudhu' sementara Umar masih belum Islam dia tidak tahu hukum syariat Islam.
Kalaupun Umar dilarang memegang mushaf ketika itu, ingat Nabi pernah bersabda " Al Mu'min la yanjus ", orang beriman itu tidak najis. Orang kafir, mereka berstatus najis. Yang najis bukan badannya tapi akidahnya. Ketika itu Umar itu masih lagi non-muslim, bermaknanya dikategorikannya dia masih lagi bernajis, samaada dirinya atau akidahnya. Maka sebagai syarat untuk memegang mushaf yang dipegang Fatimah pada ketika itu, sebab dia kafir, maka dia disuruh bersuci, bukan berwudhu'. Syarah (keterangan) hadith ini, ketika itu, Fatimah menyuruh Umar untuk mandi. Sehingga Umar dalam keadaan masih menitis lagi air daripada kepalanya itu, dia segera memegang mushaf tersebut, bukan wudhu'. Kalau memahami hadith tersebut, untuk memegang Quran, sebelum memegang Al-Quran kena suruh mandi, kalau ikut cerita ini lagi berat Islam ini, kalau ikut cerita ini. Kalau berdasar hadith ini, untuk memegang Al-Quran, dia harus mandi dulu. Akhirnya apa ? Jadilah Islam memberatkan.
MEMAHAMI AL-QURAN JANGAN SATU AYAT ITU SAHAJA, BACA KESELURUHAN AYAT
Kemudian komen beliau yang kedua dalam Surah Al-Waqi'ah, surah 56, ayat 79, yang selalu dijadikan hujjah. Perhatikan disitu, memahami ayat, jangan satu ayat sahaja. Fahami ayat secara keseluruhan. Dalam surah Al-Waqi'ah itu cerita bagaimana Al-Quran diturunkan. Disitu tidak menyatakan hukum syariat. Memahami ayat Al-Quran tidak boleh satu bahagian sahaja. Akibat dari memahami Quran sepotong sepotong itulah akhirnya lelaki digalakkan untuk berpoligami. Dia 'dot' kat situ. Kan 'comma' disitu. Walhal sambungannya, kalau kamu yakin kamu tak dapat adil, satu saja cukup. Kalau kita melihat kepada ayat sebelumnya, bagaimana Quran diturunkan, Al-Quran itu tidak disentuh(dipengaruhi ia), isi kandungannya melainkan daripada makhluk yang disucikan oleh Allah. Maknanya makhluk itu sentiasa suci, iaitu para malaikat. Malaikat tidak ada haid. Malaikat tak boleh junub, tak buang air kecil/besar, nifas. Itu sebab, dipanggil muttahharuun(para malaikat) yang disucikan oleh Allah.
BUKAN HANYA BACA KESELURUHAN AYAT, TETAPI TELITI TENTANG ASBAABUN NUZUL IAITU SEBAB2 TURUNNYA SESEBUAH AYAT
Bukan hanya membaca keseluruhan ayat tapi teliti asbaabun nuzul ayat tersebut, baru kita boleh mengambil conclusion. Sebab2 turunnya ayat ini adalah untuk menepis dakwaan orang kafir bahawa AL-Quran itu adalah ciptaan Muhammad yang sudah bercampur baur dengan iblis. Dinafikan dakwaan mereka dengan turunnnya ayat ini.
MUTTAHHAR TIDAK SAMA DENGAN MUTTAHHIR
Muttahhar, الْمُطَهَّرُونَ adalah yang disucikan Allah. Muttahhir, الْمُطَّهِّرِينَ adalah orang yang bersuci. Perbandingannya kita lihat dalam surah Al-Waqiah ( 56 : 79 ) dan dalam surah At-Taubah ( 9 : 108)
Rujukkan yang 'disucikan' dalam Surah 56. Al-Waqia, Verse 79:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Rujukkan 'orang yang bersuci' dalam Surah 9. At-Taubah, Verse 108:
لَا
تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ
يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن
يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Bahasa
Arab itu berubah baris itu dah berubah makna. Perbezaan pada baris atas
(dalam surah Al-Waqiah) dan baris bawah ( dalam surah At-Taubah).
الْمُطَهَّرُونَ maknanya yang disucikan Allah, maknanya yang tidak pernah kotor selama- lamanya kerana Allah yang mensucikannya. Itu sebabnya diterjemahkannya malaikat. Kenapa ? Sebab malaikat selama-lamanya tidak pernah kotor.
الْمُطَّهِّرِينَ bermakna orang2 yang mensucikan diri.
Perbezaan diatas, yang pertama, Allah yang mensucikan, yang kedua mereka sendiri mensucikan diri mereka. Seandainya dalam surah Al-Waqiah, tertulis
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَّهِّرِينَ
(tiadalah yang menyentuhnya kecuali orang2 yang mensucikan diri mereka) baru boleh memakai dalil tidak boleh memegang Quran sebelum suci. Tetapi tidak, ia Muttahhar, الْمُطَهَّرُونَ .
5. ADAKAH لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ BERITA ATAU LARANGAN ?
Perkataan لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ yang menjadi perbezaan para ulama' adalah perintah khabar atau perintah larangan ? Yang memahami ia sebagai berita, maka mereka mengatakan tidak ada apa2 hukum disini. Allah menceritakan bahawa Al-Quran ini ketika dalam proses penurunannya sehingga sampai ke Nabi s.a.w. sama sekali tidak ada campur tangan oleh iblis dan sebagainya. Ini berita.
Ada juga sebahagian yang memahami ayat ini larangan. Mereka memahami 'Janganlah menyentuhnya kecuali orang yang disucikan'. Mereka memahami 'tiada' dan 'jangan' menyentuhnya. 'La' itu jangan atau tiada. Itu pemahamannya.
Ini masalah tafsir, memahami sesebuah ayat.
RUMUSAN
1. Umar diperintah Fatimah untuk bersuci kerana ketika itu dia masih kafir. Orang kafir akidahnya najis, maka dia tak boleh memegang Al-Quran.
2. Fatimah, adiknya Umar menyuruh dia bersuci. Bersuci ini umum. Terbukti Umar dia pergi ke belakang, dia mandi, bukan berwudhu'. Bagaimana mungkin Fatimah menyuruh Umar berwudhu' sedangkan dia kafir ketika itu. Dia tidak tahu berwudhu' atau apa itu berwudhu'. Hanya Fatimah menyuruh dia mensucikan diri. Sucikan itu lafaznya umum. Boleh mandi, boleh basuh tangan, boleh berwudhu' boleh bertayamum. Tapi yang pasti, tidak mungkin berwudhu' sebab Umar tidak tahu syariat ketika itu. Dan ternyata Umar mandi.
3. "Al Mu'min la yanjus" - Bermulanya orang itu beriman, maka selamanya ia tidak akan bernajis. Bermakna akidahnya. Selain mu'min, najis. Sebab aqidahnya najis.
4. Untuk memahami sesebuah ayat jangan hanya mengambil potongan ayat itu sahaja. Tolong dibaca keseluruhan, sempena apa ayat itu diturunkan.
5. Untuk mengambil hukum sesebuah ayat, seseorang perlu mengetahui asbaabun nuzul, sebab2 diturunkannya ayat
6. Buat perbandingan antara surah Al-Waqiah dan At-Taubah. Dalam Al-Waqiah الْمُطَهَّرُونَ
Dalam At-Taubah الْمُطَّهِّرِينَ. Perbezaan hanya pada baris sahaja. Kalau Muttahhar, yang disucikan, malaikat , dan muttahhir, mereka sendiri yang mensucikan diri sendiri. Kecuali dalam surah Al-Waqiah, bukan الْمُطَهَّرُونَ yang Allah maksudkan.
Hadith2 Nabi yang sifatnya memerintahkan berwudhu', para Ulama' fiqh memahami ia bukannya wajib tapi perintah yang bersifat mengalakkan. Kalau wajib, dia mesti ada qareenah (perbandingan). Maknanya kalau ada perintah, perintah, perintah tetapi tidak ada ancaman, bermakna itu galakkan. Tapi kalau ada perintah diikuti dengan ancaman, baru wajib. Tanpa diikuti dengan ugutan menunjukkan perintah itu adalah galakkan. Tetapi apabila perintah diikuti dengan ugutan, menunjukkan perintah itu wajib.
Banyak hadith yang memerintah untuk berwudhu' tetapi tidak ada ugutan. Bermakna ia bersifat galakkan. Afdholiyah. Ia berwudhu' sebelum mambaca Al-Quran masuk dalam bab keutamaan.
Contoh kita di perintah solat 5 waktu. Ada tak ugutan untuk orang yang tidak mengerjakannya ? Ada. Maknanya wajib. Perintah Zakat. Ada tak ugutan kepada orang yang tidak membayar zakat ? Ada. Wajib. Perintah mengerjakan haji. Ugutan nya, sesiapa yang tak pergi haji, samaada dia mati dalam Yahudi atau Nasrani. Bermakna wajib.
Tetapi membaca Al-Quran. Ada perintah berwudhu', berwudhu', berwudhu' tetapi tidak ada ugutan. Menunjukkan sifatnya afdholiyah. Keutamaan. Bukan wajib. Kenapa ? Yang wajib itu adalah wudhu' untuk solat.
Point yang terakhir, jangan disebabkan seseorang itu dia berat berwudhu' akhirnya dia tidak membaca Al-Quran. Memuliakan Al-Quran tidak semestinya hanya dengan berwudhu'. Memuliakannya bukan secara zahir tetapi secara batin. Hakikat memuliakan Al-Quran bukan dengan berwudhu' nya. Hakikat memuliakan Al-Quran adalah dengan mentadabbur, memahami dan mengamalkan isinya. Itu makna sebenar memuliakan Al-Quran. Kita tersekat hanya kepada berwudhu', peluk Al-Quran, cium Al-Quran, letak tingi-tinggi. Itulah pandangan kita tentang memuliakan Al-Quran. Tapi perintah Allah jangan bergaduh, dia tak buat. Perintah Allah jangan dengki, jangan bercakaran, jangan fitnah-memfitnah, dia tak buat. Ini silap. Kalau perintah suruh menjaga kebersihan, dia tak buat. Akhirnya negara Islam, mana2 pun pengotor. Itukah memuliakan Al-Quran ? Jadi, memuliakan Al-Quran adalah dengan mentadabbur, memahami dan mengamal isinya. Bukan pada wudhu'.

0 komentar:
Posting Komentar